ads

Khamis, 5 Januari 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kerana Serik, Remy Enggan Layan Kontroversi

Posted: 04 Jan 2012 09:33 PM PST

Remy Ishak

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak,30, bertekad untuk tidak melayan apa juga perkara yang boleh menimbulkan kontroversi pada tahun 2012 kerana sudah serik dengan pelbagai kisah sensasi seperti yang berlaku sebelum ini.

Remy berkata selama ini dia telah melakukan kesilapan apabila terlalu melayan cerita-cerita tersebut sehingga memburukkan namanya sendiri.

"Pada tahun 2012 saya berjanji kepada diri saya untuk tidak lagi memperkatakan sesuatu yang boleh mengundang kontroversi. Saya nak fokus kepada kerjaya saya sahaja. Saya tak mahu lagi melalui peristiwa-peristiwa seperti dahulu," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Antara kontroversi yang pernah melanda Remy apabila dia dikatakan mula besar kepala, sudah pandai "demand", pergaduhannya dengan Ummi Nazeera, perselisihan faham dengan wartawan serta percintaannya dengan Tiz Zaqyah.

Remy berkata, kadangkala ada pihak-pihak tertentu yang cuba melakukan provokasi sehingga membuatkannya "panas hati" atas tujuan untuk menghangatkan suasana.

Atas pengalaman itu ujar Remy dia mengambil pendekatan untuk melakukan perubahan terhadap hidupnya supaya perkara-perkara negatif tidak lagi terjadi dalam dirinya pada masa akan datang.

"Saya banyak belajar daripada kesilapan lalu. Kadang-kadang sesuatu perkara yang tidak patut kita fikirkan, kita tak perlu memikirkan hal itu," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain Remy sibuk dengan penggambaran filem aksi berjudul TyIcKooUnS (disebut taikun) di Negeri Sembilan bersama beberapa pelakon lain antaranya Bront Palare, Arman Graseka, Usop Wilcha dan Aaron Aziz.

Filem yang mengisahkan aktiviti rasuah dan pembunuhan ini banyak menggunakan aksi ngeri yang dilakonkan sendiri oleh Remy.

"Banyak adegan aksi yang diberikan. Saya tidak gunakan pelakon lagak ngeri. Saya lebih selesa melakonkannya sendiri," jelasnya.

Kekasih kepada Tiz Zaqyah ini berkata, dia bersyukur sepanjang tahun ini rezekinya dalam bidang seni datang mencurah-curah sehinggalah beberapa tawaran drama untuknya terpaksa ditolak kerana bertembung dengan jadual penggambaran filem.

Yuna Pilih Diandra Jadi Artis Naungan

Posted: 04 Jan 2012 09:32 PM PST

Diandra kini menjadi artis naungan Yuna Room Records.

KUALA LUMPUR: Yunalis Zaraai atau Yuna memperluaskan kerjaya seninya apabila memilih seorang penyanyi muda bernama Diandra Arjunaidi untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan iaitu Yuna Room Records (YRR).

Yuna berkata, bakat yang dimiliki Diandra membuatkan dia yakin anak muda berusia 20 tahun itu mampu pergi jauh dalam industri muzik tanah air.

"Apabila saya lihat Diandra, dia seperti saya pada lima tahun lalu yang merakamkan pelbagai lagu tetapi tidak tahu bagaimana mahu perkenalkan karya tersebut kepada umum. Sebab itu saya pilih dia.

"Diandra juga seorang yang amat rajin dalam meneroka dunia muzik. Alhamdulillah, berdasarkan persembahan yang dilakukan, lagu-lagunya menerima respons yang positif.

"Malah, pengambilan Diandra sebagai artis naungan pertama YRR adalah permulaan dalam mengembangkan perniagaan syarikat saya itu," katanya pada Majlis Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi di Holding Room, Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Rabu.

Tambah Yuna, dia juga berharap agar para peminat tidak membandingkan lagu-lagu ciptaannya dengan Diandra kerana masing-masing mempunyai konsep muzik yang berbeza.

"Setakat ini, diakui memang ada yang beranggapan Diandra membawakan lagu-lagu seperti saya, sedangkan kami mempunyai muzik yang berbeza termasuklah cara nyanyian kami.

"Bagaimanapun, saya percaya, selepas mendengar ketujuh-tujuh lagu dalam album Diandra, persepsi mereka akan berubah," katanya.

Album pertama Diandra yang menggunakan judul namanya sendiri memuatkan sebanyak tujuh buah lagu seperti Angkasa, Things We Don't Say, Remember, Happy, Entitled, White Lines dan You.

Sementara itu, Yuna turut muncul dengan album keduanya berjudul Terukir Di Bintang di mana ia memuatkan sebanyak lapan buah lagu seperti Sparkle, Photo of You, Memo, KL Kita, Coffe, Someone out Of Town dan Fears And Frustration.

"Jika album pertama saya berkonsepkan alternatif, kali ini Terukir Di Bintang lebih berbeza di mana muziknya lebih santai dan perlahan, sesuai dengan usia saya 25 tahun," ujarnya.

Juliana Evans Menangis Tinggalkan Tanah Air

Posted: 04 Jan 2012 09:31 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon jelita Juliana Evans,23, mengakui amat sedih dan menitiskan air mata kerana terpaksa meninggalkan tanah air selama dua tahun untuk menyambung pelajarannya di University of Michingan, Amerika Syarikat.

Juliana mengakui amat sedih kerana terpaksa melupakan karier lakonannya semata-mata untuk memberi tumpuan terhadap pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di negara itu.

"Memang saya terlalu sedih sekarang ini kerana terpaksa melepaskan kerjaya lakonan buat seketika. Lebih memilukan apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan karib saya.

"Rasa berat hati sangat nak tinggalkan semua dan saya masih tak boleh menerima hakikat yang saya terpaksa berjauhan dengan orang yang saya sayangi," katanya ketika dihubungi mStar Online din sini, Rabu.

Ketika panggilan dibuat, Juliana sudah pun berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke negara berkenaan.

Bagaimanapun dia nekad untuk meneruskan pengajiannya itu demi mengukuhkan taraf kehidupannya pada masa akan datang nanti.

Malah bidang komunikasi massa itu jugaa bertujuan untuk dia mendalami dan mengembangkan lagi bakat seni yang dimiliki.

"Kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu saya perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.

"Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan.

"Malah saya percaya, suasana dan rakan baru akan banyak mempengaruhi saya untuk menjadi seorang yang lebih matang ," ujarnya yang akan mencari mana-mana peluang untuk bekerja sebagai model sambilan di negara tersebut.

Sementara itu, anak kacukan Melayu-Inggeris ini berharap penggiat seni dan para peminat tidak terus memadamkan namanya dalam ingatan masing-masing kerana tempoh "kehilangannya" hanyalah untuk tempoh dua tahun.

"Memang semestinya saya akan merindui dunia kehidupan artis dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang telah menaikkan nama saya sehingga ke tahap dikenali ramai. Semoga kita dapat berjumpa kembali," katanya mengakhiri perbualan untuk menaiki pesawat.

Azizah Mahzan Tegur Syarikat Produksi

Posted: 04 Jan 2012 09:31 PM PST

Azizah Mahzan

PETALING JAYA: Dramatis popular Azizah Mahzan,55, menegur syarikat penerbitan drama dan filem di negara ini kerana melaksanakan tugas sambil lewa sehingga merugikan masa pelakon.

Azizah berkata dalam dunia penerbitan yang semakin rancak ini syarikat-syarikat produksi sepatutnya bekerja dengan lebih pantas dan bukannya "buat kerja main-main."

"Saya kecewa dengan sesetengah syarikat produksi yang tidak cekap. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini keadaan menjadi semakin buruk. Sepatutnya mereka perlu melakukan perubahan," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Bekas isteri kepada Nasir Bilal Khan ini berkata berdasarkan kepada pengalamannya, penggambaran terpaksa di tangguh kerana skrip tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Malah ada juga pihak penerbit yang cuba memerangkap artis dengan kontrak yang boleh menjerat diri seseorang pelakon.

"Saya pernah berhadapan dengan situasi apabila sampai di lokasi, skrip tak ada. Nak "shooting" macam mana? Kan dah membuang masa saya tu!

"Ada juga produser yang menyediakan kontrak dengan meminta saya berlakon sehingga penggambaran siap tanpa menyebut jumlah hari atau tarikhnya.

"Kalau tahun 2015 baru penggambaran siap, macam mana? Matilah saya," katanya.

Atas dasar itu ujar Azizah dia amat bosan dengan dunia penerbitan drama di negara ini dan sering menolak tawaran berlakon yang diberikan kepadanya kerana masih tidak berpuas hati dengan perancangan yang mereka kendalikan.

Ditanya selepas membuat pengumuman bersara daripada dunia lakonan, Azizah berkata dia masih menerima tawaran berlakon tetapi terpaksa memilih.

"Saya sekadar menerima tawaran berlakon daripada mereka yang rapat dengan saya sahaja sekarang ini. Kebanyakannya saya tolak," katanya.

Mengenai perubahan dalam dirnya selepas membuat keputusan memakai tudung awal tahun lalu Azizah berkata, dia menjalani hidup seperti biasa dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya.

Malah katanya, sama ada seseorang itu memakai tudung ataupun tidak bukanlah satu isu yang patut diperbesar ataupun diperdebatkan oleh orang ramai.

"Bertudung atau tidak, itu hak masing-masing. Asalkan dia orang Islam, dah cukup. Saya tidak pernah menilai orang daripada imejnya tetapi berdasarkan kepada hatinya walaupun dia seorang pelacur," jelasnya.

50 Cent Seperti Mahu Bunuh Diri

Posted: 04 Jan 2012 09:30 PM PST

50 Cent

PENYANYI rap, 50 Cent atau nama sebenarnya, Curtis James Jackson III, benar-benar merisaukan ramai pihak apabila dia meluahkan rasa putus asa dan seperti mahu membunuh diri menerusi akaun Twitter miliknya.

"Sejujurnya aku sedar bahawa aku tidak akan bertahan hidup lebih lama lagi. Dan kerana itulah aku melakukan satu langkah yang drastik, agar ia boleh menyenangkan kehidupan orang lain," katanya pada entri Twitter, Isnin lalu.

Kemudian, menurut laporan portal Aceshowbiz, 50 Cent turut mengatakan dia ingin menjadi seekor burung yang boleh terbang bebas di langit tanpa perlu berdepan dengan sebarang masalah seperti yang dilaluinya sekarang.

"Aku sedar, hidup ini begitu singkat tanpa harus diakhiri dengan bunuh diri. Tapi akan lebih baik jika aku mati malam ini. Sekurang-kurangnya aku dapat berjumpa dengan orang yang pernah menjaga diri ku ini," ujarnya pula di laman sosial tersebut pada Selasa lalu pula.

Bagaimanapun, penyanyi rap itu berkata walaupun entrinya sebegitu, dia tidak berniat untuk membunuh diri, namun berjanji pada diri sendiri agar tidak melakukan perkara bodoh itu.

Sebelum ini, difahamkan 50 Cent mempunyai masalah dengan pengurusan label yang dinaunginya, Interscope Record.

Dia mengakui amat kecewa dengan pihak pengurusan yang tidak bersungguh-sungguh mempromosikan albumnya.

'CSI Miami' Musim Ketujuh Penuh Aksi

Posted: 04 Jan 2012 09:29 PM PST

PETALING JAYA: Siri penyiasatan hebat, penuh aksi dan dinanti-nantikan, CSI:Miami musim ketujuh telah bersiaran di saluran ntv7 bermula 3 Januari lalu. Ia ke udara setiap hari Rabu pukul 8.30 malam.

Siri drama 24 episod ini diterbitkan pengeluar filem dan siri televisyen terkenal, Jerry Bruckheimer yang telah pun mempunyai hampir 50 produksi termasuklah Pirates of Caribbean, Armageddon dan Pearl Harbor.

Pada musim lepas, Horatio Caine (David Caruso) mendapat tahu bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki remaja, Kyle Harmon (Evan Ellingson), yang ditahan dan dipenjarakan atas sisatan pembunuhan pegawainya.

Kemunculan Kyle membuatkan ramai musuh Caine membuat percubaan untuk mempergunakan situasi itu untuk menumpaskannya.

Bagi musim terbaru ini, para penyiasat CSI masih meneruskan pencarian dalam mendapatkan segala data serta menganalisis segala bukti yang ada termasuklah meletakkan diri mereka sebagai mangsa dalam mencari motif setiap kes yang berlaku.

Pelbagai wajah yang pernah dan biasa dilihat sepanjang musim terdahulu bakal muncul dan menambahkan lagi konflik drama bersiri ini. Menarik lagi persoalan akan timbul apa yang akan berlaku selepas Horatio ditembak.

Kehadiran Kyle semestinya sering mengundang masalah sama ada peribadi mahupun secara profesional.

Sementara itu, Calleigh Duquesne (Emily Procter) yang mula rapat bersama Eric Delko's (Adam Rodriguez) terpaksa menyelesaikan masalah hubungannya bersama Jake Berkeley.

Masalah juga semakin bertambah apabila Dr Tara Price (Megalyn Echikunwoke), Pemeriksa Perubatan baru kurang berpengalaman dan sering terburu-buru dalam melakukan kerja-kerjanya.

Tambah menarik, kemunculan samseng Rusia, pencurian yang melibatkan industri fesyen berprofil tinggi serta kes bunuh dengan kren setinggi 200 kaki pasti membuat penonton terpaku di hadapan televisyen.

Diketuai oleh Horatio, pasukan 'Crime Scene Investigators Miami' ini berlatarkan kawasan mewah dan budaya sekeliling Miami.

Horatio merupakan bekas pengesan bom dari New York sering bergantung kepada gerak hati dan bukti forensic dalam menyelesaikan setiap kes jenayah.

Pasukannya disertai Calleigh Duquesne (Emily Procter), seorang pakar dalam ilmu sains, balistik, Eric Delko (Adam Rodriguez), Ryan Wolfe (Jonathan Togo) yang pakar mengenai selok-belok terusan air manakala Frank Tripp (Rex Linn) pula anggota polis yang baru dinaikkan pangkat sering menimbulkan kontroversi.

Terbaru ialah Dr. Tara Price (Megalyn Echikunwoke) sebagai seorang pemeriksa perubatan muda turut membantu pasukan tersebut.

Tanda geng kongsi gelap

Posted: 04 Jan 2012 09:22 PM PST

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.

KUALA LUMPUR: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

"Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak," katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.


Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.

Jupe, Gaston ingin pesta 7 hari 7 malam!

Posted: 04 Jan 2012 09:09 PM PST

SEKSI...penampilan sebegini sudah jadi 'makanan' Jupe.
SEKSI...penampilan sebegini sudah jadi 'makanan' Jupe.

DILABEL sebagai simbol seks Asia, kehidupan pelakon, penyanyi, penyampai dan model sensasi Indonesia, Julia Perez, tidak pernah kering dengan sensasi. Ada saja kisah hangat dikaitkan dengan dirinya walaupun pada ramai artis lain, ia umpama 'mimpi ngeri' pada siang atau malam hari.

Namun, Julia atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati, seolah-olah sudah lali dengan segala tanggapan sedemikian malah semakin berani tampil dengan penampilan yang ada masanya sangat seksi lagi menggiurkan.

  • Foto

    MENAWAN...pakai apa saja, Jupe pasti nampak 'boom!'

  • Foto

    JANGAN PISAHKAN...ke mana-mana saja, Jupe pasti ditemani kekasihnya, Gaston, bintang bola sepak.

Bintang seberang itu terus menjadi perbualan hangat di gelanggang industri hiburan apabila kisah percintaannya dengan bintang bola sepak kacak kelahiran Argentina dari Kelab Persiba di Indonesia, Gaston Castano.

Walaupun nampak sangat bahagia, Julia kini berdepan satu masalah besar. Masalah itu tidak lain daripada tentangan atau tiada restu daripada ibu Julia sendiri terhadap perhubungan cinta mereka yang dilaporkan mahu diakhiri ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi.


Memandangkan usia Julia kini mencecah 31 tahun, dia yang lebih mesra dipanggil Jupe, ingin bernikah sekali lagi dan mengecapi hidup sebagai isteri. Namun, apa yang sangat mengecewakan Jupe, sehingga kini dia dikatakan masih gagal meraih kepercayaan ibunya untuk bernikah lagi dan kali ini dengan Gaston yang digilai ramai gadis lain.


Mungkin ibu Julia masih bimbang dan gusar berikutan kegagalan perkahwinan pertama Julia dengan bekas suaminya dulu. Julia pernah bernikah dengan seorang model, Damien Perez di Perancis pada tanggal 7 Oktober 2002 dan ia saat yang paling membahagiakannya pada masa itu.

Namun lama-kelamaan, gelora datang melanda. Rumah tangga Julia dengan Damien mula bergolak sehingga gagal dipertahankan lagi. Sampai satu peringkat iaitu pada Julai 2009, mereka bersetuju ke satu titik noktah. Pada awal Julai 2009, mereka akhirnya berpisah membawa haluan masing-masing.

Selepas perceraian itu, Jupe kembali solo, namun tidak pernah serik memburu cinta. Dia akhirnya berkenalan dengan Gaston pula dan terus jatuh cinta.

Percintaan mereka semakin ketara sehingga pada akhir 2009, Jupe dilaporkan dibawa pulang oleh Gaston ke Argentina untuk bertemu keluarganya. Dipercayai selepas itulah mereka mula menggores rencana untuk mengatur tarikh perkahwinan yang besar buat diri mereka.

"Saya benar-benar sangat impikan perkahwinan yang indah ini dan mengharapkan tahun ini ia akan terlaksana mengikut rancangan asal kami.

"Malah busana sempena hari terindah itu sudah saya tempah iaitu tujuh pasang dan setiap satu akan saya gayakan dalam acara selama tujuh hari tujuh malam itu.

"Syukurlah sekurang-kurangnya ayah sudah memberi keizinan terhadap perkahwinan ini, cuma sekarang saya hanya menunggu saat mendapat restu yang sebaik-baiknya daripada ibu pula.

"Lagipun usia sudah 31 tahun dan hakikatnya saya lebih tua berbanding Gaston yang baru 26 tahun, jadi apa lagi mahu ditunggu?" katanya.

Jupe setakat ini sudah membintangi 19 filem termasuk Coklat Stroberi (2007), Bukan Cinta Biasa (2009) dan Sumpah Ini Pocong! (2009) serta beberapa sinetron seperti Cinta Lokasi, Komedi Nakal, Iman dan Hidayah.

Julia tidak menyorok punca utama ibunya menghalang perkahwinan itu disebabkan dia tidak yakin Gaston mampu menyara Jupe dengan hanya bertunjangkan kerjaya sebagai pemain bola sepak.

Apa yang menggemparkan, Julia akui pernah memasang niat untuk kahwin lari, namun hatinya tidak sekejam itu kerana masih berpegang teguh dan percaya kepada restu orang tua. Baginya itu adalah antara kunci utama kepada sesebuah perkahwinan yang berjaya apatah lagi selama ini, ibunya insan yang sangat penting dalam membesarkan dirinya sehingga menjadi manusia yang berjaya.

Walaupun sangat mencintai Gaston, timbul juga rasa khuatir di hati Julia kalau-kalau satu hari kelak, apabila sudah bosan, Gaston mungkin akan meninggalkannya.

"Maklumlah dia masih muda dan saya ini perempuan. Saya tidak peduli hal ini kalau saya lelaki tapi saya tetap seorang perempuan. Apa yang penting, saya perlu ada sasaran untuk mengakhiri perkahwinan ini sebelum terlambat," katanya.

Menelusuri perjalanan hidup wanita keturunan Sunda-Betawi ini, Jupe memulakan kariernya sebagai pelatih setiausaha di sebuah syarikat swasta di Indonesia sebelum melanjutkan pelajaran di Belanda.

Di situlah dia berkenalan dengan bekas suami, Damien dan daripada perkenalan itu, Jupe mendapat kesempatan muncul sebagai model bagi majalah FHM dan Maxim di Perancis.

Sekembalinya ke tanah air, Jupe melebarkan sayapnya dan menembusi satu demi satu cabang industri hiburan bermula 2002.

Pada 2008, album sulungnya berjudul Kamasutra diterbitkan dan sekali lagi mengundang kontroversi apabila turut menyelitkan kondom dalam album terbabit ketika album berkenaan dilancarkan.

Meskipun niat asalnya adalah untuk menyokong kempen kesedaran pencegahan HIV dan Aids, usahanya tetap dikecam kerana sangat tidak senonoh dan memalukan masyarakat.

Pada awal Mac 2010, Jupe kembali sensasi apabila menunjukkan sifat beraninya umpama tiada had dengan mencalonkan dirinya bertanding sebagai calon parti politik Bupati Pacitan untuk pilihan raya pada Disember 2010.

Biarpun banyak suara sumbang berikutan pencalonan itu, ia tidak sedikit pun menggugat Jupe daripada berdiri di depan orang ramai dan meneruskan perjuangannya.

Bagaimanapun, Jupe tewas dalam persaingan kuasa itu namun atas keberaniannya untuk bertanding dengan semangat jitu, dia dianugerahkan gelaran Nyi Mas Ayu Tumenggung oleh pihak diraja istana di Surakarta.

Rugi RM35,000

Posted: 04 Jan 2012 09:07 PM PST

SELONGKAR...mangsa menunjukkan bilik yang diselongkar penyamun.
SELONGKAR...mangsa menunjukkan bilik yang diselongkar penyamun.

SHAH ALAM: Gara-gara percaya individu yang datang ke rumahnya adalah kontraktor pendawaian yang diupah neneknya, seorang remaja lelaki kerugian kira-kira RM35,000 selepas barang kemas milik ibunya dan barangan elektronik miliknya dilarikan tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Seksyen 19, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, anak mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ashvindren, 18, sedang menonton televisyen seorang diri di rumah sebelum mendengar bunyi bising di tingkat bawah rumahnya.


Pelik dengan bunyi itu, mangsa turun ke tingkat bawah sebelum mendapati tiga lelaki berpakaian seperti kontraktor pendawaian di hadapan pintu rumahnya.

Katanya, dia bertanyakan tujuan mereka dan meminta mereka beredar.


"Seorang daripada suspek menunjukkan surat kononnya mereka diarahkan nenek membuat pemeriksaan pendawaian elektrik.


"Sebaik masuk, seorang daripada suspek memegang kolar baju dan meminta menunjukkan tempat simpanan barangan kemas. Dalam masa sama dua lagi suspek mengambil parang yang diletakkan dalam van di depan rumah," katanya.

Beliau berkata, suspek meletakkan parang dilehernya dan mengugut dicederakan jika enggan menunjukkan barangan kemas. Disebabkan bimbang dicederakan, dia membawa suspek ke biliknya di tingkat atas dan suspek merampas komputer riba dan telefon bimbitnya.


Katanya, ketika suspek memunggah biliknya, ibunya Kalavathi, 42, pulang ke rumah selepas menghantar adik ke sekolah dan terkejut melihat suspek turun dari tingkat atas sebelum mengacukan parang dan meminta ibu menyerahkan barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin jika tidak mahu dicederakan," katanya yang mengakui masih lagi trauma.

Ashvindren berkata, ibunya yang ketakutan dan bimbang dicederakan kemudian menyerahkan semua barang kemas yang disimpan di dalam bilik dan barang kemas berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000.


Suspek melarikan diri bersama barangan milik mangsa.


Mangsa kemudian menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan polis tiba di rumahnya bagi menjalankan siasatan dan mengesan cap jari suspek di sekitar kawasan rumah.


Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Mahu jadi No 1

Posted: 04 Jan 2012 09:07 PM PST

EKSKLUSIF...Volkswagen Scirocco antara yang menjadi tumpuan pengunjung, semalam.
EKSKLUSIF...Volkswagen Scirocco antara yang menjadi tumpuan pengunjung, semalam.

OKUAN Otomobil Sdn Bhd (Okuan Otomobil), pengedar tunggal sah Volkswagen Group Malaysia (VGM) di pantai timur menyasar jualan kira-kira 75 unit kenderaan jenama Volkswagen sebulan menerusi pembukaan bilik pameran terbarunya di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang.

Pengarah Eksekutifnya, Peter Yap berkata, syarikat sudah menjual lebih 160 unit kenderaan berkenaan sejak bilik pameran 3S (jualan, servis dan alat ganti) mula beroperasi pada Julai tahun lalu dan pembukaan bilik pameran dua tingkat berkeluasan 1,672 meter persegi akan memperkukuhkan lagi kehadiran jenama Volkswagen di Pantai Timur.


"Ketika ini ada lebih 300 pemilik kenderaan Volkswagen di Pantai Timur termasuk dari Terengganu serta Kelantan dan kami percaya Volkswagen bukan saja menawarkan jenama berkualiti tetapi juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan terbaik menerusi bilik pameran 3S," katanya selepas majlis perasmian bilik pameran 3S yang disempurnakan Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay di Kuantan, Pahang.

Sementara itu, Tay berkata, pembukaan bilik pameran pertama di Pantai Timur adalah sebahagian rancangan pengembangan pesat jenama Volkswagen di Malaysia kerana negeri itu mempunyai potensi pasaran besar selain mahu membawa jenama dan perkhidmatan Volkswagen lebih dekat kepada pelanggan.


"Ia juga selaras dengan prinsip utama Volkswagen dalam pembangunan rangkaiannya untuk mengoptimumkan liputan, berorientasikan pelanggan, keuntungan pengedar dan keramahan pelabur.


"Kami mahu menjadi kereta bukan nasional pilihan nombor satu rakyat Malaysia dan lebih banyak rangkaian pengedar akan membantu kami untuk mencapai kejayaan ini," katanya.

Suami tidak boleh temankan isteri

Posted: 04 Jan 2012 09:05 PM PST

KERJASAMA...Hasrina (kiri) dan Hawa ingin memberikan kelainan kepada wanita Islam untuk rawatan di spa dan salun.
KERJASAMA...Hasrina (kiri) dan Hawa ingin memberikan kelainan kepada wanita Islam untuk rawatan di spa dan salun.

PERTAMA kali menjejakkan kaki ke Spa & Salun Kecantikan Muslimah Hurun Ain Oasis di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, penulis dihidangkan dengan alunan muzik lembut dan persekitaran bersih yang mendamaikan.

Biarpun sebelum ini jarang sekali mempunyai masa terluang untuk memanjakan diri akibat kesibukan kerja dan aktiviti keluarga, sesekali berada di spa seolah-olah membuatkan keletihan hilang begitu saja.

  • Foto

    SELESA...pelbagai rawatan disediakan.

  • Foto

    MESRA...segala maklumat mengenai pakej yang disediakan diberi penerangan khusus kepada pelanggan.

  • Foto

    LAMAN KANAK-KANAK...ruangan tersedia bagi kanak-kanak bermain ketika menunggu ibu mereka mendapatkan rawatan.

  • Foto

    BERSIH...faktor kebersihan amat dititikberatkan.

  • Foto

    TERSUSUN...kemudahan disediakan tersusun rapi.

  • Foto

    RINGKAS...kemudahan beri keselesaan kepada pelanggan seolah-olah berada di rumah sendiri.

Konsep yang diketengahkan spa dan salun ini adalah moden kontemporari dan memberikan banyak kelebihan kepada wanita Muslimah yang ingin mendapatkan rawatan bagi merehatkan minda dalam suasana tenang.

Spa serta salun kecantikan eksklusif untuk Muslimah ini dikendalikan dua rakan karib, Hawa Ya'akub dan Hasrina Ismail yang ingin memberikan kelainan kepada wanita ketika mengikuti proses rawatan tanpa rasa ragu terutama apabila membabitkan aurat.


Pengarah Urusannya, Hawa Ya'akub, berkata bersesuaian dengan namanya iaitu Hurun Ain Oasis yang bermaksud tempat berkumpul bidadari, spa dan salun ini hanya dikhususkan untuk wanita saja.


Oleh itu, lelaki tidak dibenarkan berada di sini walaupun hanya untuk menemani isteri bagi memberi keselesaan kepada semua pelanggan.

Menurut Hawa, setiap ahli terapi kecantikan yang berada di sini juga adalah wanita beragama Islam tempatan yang memiliki sijil kelayakan khusus.

Dia dan rakan kongsinya memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan pembantu kecantikan asing kerana ingin menyediakan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.

Hawa berkata, idea ini mula timbul melalui pengalamannya sendiri yang sebelum ini gemar mengunjungi spa bagi merehatkan badan, namun berasa agak kurang selesa dengan keadaan persekitarannya yang sedikit 'terbuka' serta dikendalikan ahli terapi bukan Islam.

"Walaupun berada dalam kalangan wanita, aurat masih perlu dijaga dan tidak banyak tempat yang menawarkan konsep privasi sebegini.

"Disebabkan itu, saya bersama rakan kongsi mendapat idea membuka spa dan salun khusus untuk Muslimah agar mereka tidak mengalami suasana kekok," katanya.

Walaupun baru memulakan operasi Februari lalu, spa ini sudah mendapat sambutan hangat daripada Muslimah terutama golongan ibu kerana selain menyediakan pakej rawatan pada harga berpatutan, ia menyediakan sudut permainan kanak-kanak.

Menurut Hawa, kemudahan ini disediakan bagi memberikan keselesaan kepada golongan ibu yang tidak dapat meninggalkan anak mereka di rumah bagi mendapatkan rawatan di spa.

"Mereka tidak perlu meninggalkan anak di rumah terutama pada hujung minggu dan boleh mengawasi mereka dengan membawa bersama ketika menjalani rawatan.

"Kanak-kanak boleh bermain di sudut yang dikhaskan semasa ibu mereka menjalani rawatan dan si ibu boleh menjalani rawatan dengan hati yang tenang," katanya.

Antara pakej kecantikan yang disediakan Hurun Ain Oasis merangkumi rawatan kulit wajah, riasan kuku (kaki dan tangan), lulur garam, mandian aromaterapi, dandanan serta cucian rambut, inai dan melilin.

Selain itu, salun kecantikan ini juga menyediakan rawatan meluruskan rambut serta rawatan bagi rambut kering, berminyak, rosak selain kulit kepala berkelemumur serta rawatan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kepala sensitif.

Sementara itu, Pengurus Spa dan Salun berkenaan, Hasrina Ismail, berkata untuk rawatan kulit wajah, Hurun Ain Oasis menggunakan produk dari Perancis iaitu Maria Galland dan menawarkan dua rawatan berbeza iaitu menggunakan topeng muka tanah liat ataupun cocoon (mousse).

Rawatan topeng muka kaedah cocoon menyebabkan pelanggan mengalami kesan perpeluhan pada bahagian muka selepas disapu dengan krim rawatan khas.

Ia sesuai digunakan bagi mereka yang berusia bawah 30 tahun serta mereka yang memiliki masalah kulit kering dan kusam.

"Bagi proses rawatan topeng muka tanah liat, wajah pelanggan disapu dengan krim perlindungan mata dan bibir, krim rawatan khas serta serum terlebih dulu kemudian, pupur akan disapu pada seluruh muka hingga ke bahagian leher.

"Selepas disapu rata, pelanggan akan dapat merasai sedikit kehangatan di bahagian dalam pupur berkenaan dan suhu akan meningkat secara perlahan-lahan sehingga mencecah 42 darjah Celsius.

"Kira-kira 10 minit selepas itu, suhunya menurun sedikit demi sedikit dan ia boleh ditanggalkan apabila pupur terbabit menjadi keras sepenuhnya," katanya.

Pelanggan tidak perlu bimbang apabila terasa sedikit hangat ketika pemakaian pupur berkenaan kerana peningkatan suhu ini bagi membantu proses penyerapan krim rawatan khas serta serum yang disapu pada peringkat awal tadi.

"Jika diperhatikan kebanyakan rawatan wajah lain menggunakan mesin seperti mesin galvanic bagi mempercepatkan proses penyerapan serum ke dalam kulit muka, tetapi produk Maria Galland menggunakan pendekatan lebih semula jadi dan selamat hanya melalui penggunaan topeng muka tanah liat.

"Malah, ibu mengandung juga boleh mengikuti proses rawatan wajah di spa ini tanpa rasa bimbang ia akan memberikan kesan pada bayi dalam kandungan kerana tiada penggunaan mesin berfrekuensi tinggi dilakukan sepanjang proses rawatan," katanya yang menyediakan diskaun sebanyak 40 peratus bagi pelanggan yang pertama kali mencuba pakej rawatan disediakan di spa dan salun Muslimah ini.

Malah, kemudahan surau turut disediakan bagi memudahkan pelanggan menunaikan solat memandangkan ada pakej rawatan di sini memerlukan masa yang agak lama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej rawatan disediakan, layari www.hurunainoasis.com.

Imogen ditabur duit oleh Giggs

Posted: 04 Jan 2012 09:03 PM PST

IMOGEN bergambar bersama bekas bintang siri Hollyoaks, Danan, ketika mereka muncul dalam program Come Dine With Me.
IMOGEN bergambar bersama bekas bintang siri Hollyoaks, Danan, ketika mereka muncul dalam program Come Dine With Me.

LONDON: Kekasih gelap Ryan Giggs akan mendedahkan kepada umum yang hubungan sulitnya dengan pemain bola sepak Manchester United itu memberinya kemewahan dalam rancangan televisyen, hujung minggu ini.

Melalui program Come Dine With Me: Celebrity Special, Imogen Thomas, model glamor itu bercerita bagaimana wang diberi Giggs membolehkan dia membayar hutang dari semasa ke semasa.


Bekas peserta program realiti televisyen itu akan muncul selama sejam bersama bintang siri Shameless, Tina Malone; bekas aktor Hollyoaks, Paul Danan - yang digelarnya "gila" serta penyanyi era 1980-an, David Van Day.

Bagaimanapun, Imogen tidak menamakan Giggs dalam pengakuan itu serta butiran lain, sebaliknya merujuk pemain bola sepak berkenaan sebagai "skandal" dirinya serta sekadar "hubungan" sulit.


Sesetengah komen dalam siri berkenaan - dirakam sebelum Imogen dibebaskan daripada dakwaan peras ugut oleh Giggs - tidak akan disiarkan kepada umum kerana disunting.


Menurut Imogen, dia ditawarkan pelbagai peluang dan pada masa sama mempunyai beban kewangan yang perlu dilunaskan.

"Jika anda berada di kedudukan saya, apa yang akan anda lakukan? "Adakah anda akan berlalu dan melupakan tawaran itu atau sebaliknya?" katanya.


Kata Imogen, dia mempunyai beban hutang dan terpaksa terus bekerja untuk menyara hidup.

Apabila ditanya mengenai aspek moral, Imogen mempertahankan diri dan berkata, seseorang tidak boleh menilainya sehinggalah mereka melalui apa yang dialaminya.


"Memanglah anda akan cuba menahan, tetapi ia akan menjadi tidak terkawal.


"Saya cuma wanita biasa dan terpaksa berada di situasi begitu," katanya.


Imogen berkata, dia juga menerima ugutan bunuh, selain terpaksa berdepan dengan petugas media yang berkhemah di depan rumahnya setiap hari sejak enam bulan lalu.


"Nampaknya saya melakukan kesilapan dan cuba meneruskan hidup seadanya," katanya.

Sudah ada pengganti?

Posted: 04 Jan 2012 09:02 PM PST

pix_gal0
Katy Perry didakwa sambut tahun baru bersama lelaki mirip Russell Brand

BEBERAPA hari selepas peminat didedahkan dengan cerita mengejutkan mengenai perpisahan yang berlaku ke atas pasangan selebriti, Katy Perry dan Russell Brand, penyanyi wanita terbabit dikatakan tidak mempunyai masa untuk bersedih. Sebaliknya tanpa membuang waktu, dia berparti sakan ketika meraikan kedatangan tahun baru bersama seorang lelaki yang didakwa mirip bekas suami.
Penyanyi berusia 27 tahun yang kini popular dengan lagu E.T itu didakwa meraikan kemunculan 2012 di Soho House, Hollywood, bersama lelaki terbabit, sedangkan Russell pula menyambut tahun baru seorang diri di sebuah hotel di London.
Menurut New York Post, penyanyi itu juga dikatakan bergembira di samping teman misterinya itu.

Difahamkan, lelaki berambut panjang itu bersembang bersama Katy pada majlis keraian itu. Tentunya mereka yang menyaksikan kejadian terbabit tidak menyangka, Russell baru saja memfailkan perceraian, apabila melihat kemesraan dua insan terbabit. Sekurang-kurangnya itulah yang diluahkan beberapa pengunjung majlis berkenaan.

Seorang tetamu lain memberitahu akhbar itu, selepas tengah malam, Katy dan temannya berdansa sambil berpegangan tangan di lantai tari.

Ketika Katy berpesta di Los Angeles, Russell pula menghabiskan malam tahun baru keseorangan di Hotel Savoy, London.
Kata sumber kepada The Mirror, lelaki itu tidak ada keinginan untuk berpesta, malah dia memesan makanan dari kamarnya saja. Keesokannya dia sudah pun berada di gimnasium pada jam 11 pagi dan menghabiskan dua jam bersenam di situ.

Russell difahamkan bakal mendapat habuan berjumlah kira-kira RM99 juta daripada perceraian itu berikutan kedua-duanya tidak menandatangani sebarang perjanjian berhubung tuntutan harta sebelum berkahwin. Mengikut undang-undang California, Russel berhak menerima separuh daripada pendapatan besar bekas isterinya.

Saat ini, masih tidak diketahui sebab sebenar mengapa pasangan ini memutuskan untuk berpisah.
Namun, beberapa sumber dalaman mendakwa, ia mungkin berpunca daripada keengganan Katy untuk berehat seketika daripada karier muziknya bagi membolehkan mereka mendapatkan anak.

Dalam perkembangan berkaitan, artis wanita tersohor ini dilaporkan meminta agar pelakon komedi British itu yang memfailkan perceraian kerana dia tidak mahu mengecewakan orang tuanya.

Ibu bapa penyanyi itu ialah penganut kuat Kristian dan laman gosip TMZ menyatakan, beberapa sumber berkaitan dengan pasangan itu memberitahu, Katy enggan dilihat sebagai pihak yang menamatkan perkahwinan mereka secara rasmi.

"Dengan dukacita, Katy dan saya akan menamatkan perkahwinan kami. Saya akan sentiasa memuja dirinya dan saya tahu kami akan terus bersahabat baik," kata Russell dalam kenyataannya kepada The Associated Press, Jumaat lalu.

Pelakon berusia 36 tahun itu bagaimanapun tidak mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai punca perpisahan mereka ketika memfailkan perceraian di Mahkamah Agung Los Angeles, minggu lalu. Dia hanya menyatakan, antara mereka tiada lagi persefahaman.

Pasangan ini berkahwin pada Oktober 2010 di sebuah pusat peranginan di India, dan kasih-sayang yang terserlah antara mereka memang menjadi bualan peminat serta pemerhati dunia hiburan antarabangsa.

'Berperang' dengan Lady Gaga

PADA saat Katy berdepan dengan drama perceraiannya bersama aktor komedi terbabit, dia juga dikatakan 'berperang' hebat bersama seorang lagi selebriti.

Paling tidak, itulah yang didedahkan beberapa sumber ketika ini.

Khabarnya, Katy bukanlah peminat utama Lady Gaga dan kedua-duanya dikatakan meminta penganjur meletakkan kerusi masing-masing sejauh mungkin pada majlis Anugerah Grammy tidak lama lagi.

"Wakil masing-masing meminta supaya mereka diletakkan di tempat yang berasingan sama sekali bagi mengelakkan kejadian kurang menyenangkan nanti," kata sumber kepada Now Magazine, menurut laporan Music Rooms.

Dua wanita ini 'bermusuh' kerana sikap Gaga yang tidak menghormati agama dalam videonya. Dalam twitternya Katy dikatakan menyindir Gaga dengan mengatakan, penggunaan elemen menghina agama sebagai hiburan ialah sesuatu tindakan yang cukup memualkan, seperti seorang pelawak berjenaka mengenai kentut.

Katy juga mendakwa Gaga lebih suka mencetuskan kontroversi berbanding menghasilkan muzik.

Bersedia hadapi kontroversi

Posted: 04 Jan 2012 09:01 PM PST

Hazama
Hazama
Hanya Lelaki Ini mirip lagu Anuar Zain jadi single terbaru Hazama

MENDENGAR saja alunan indah lirik serta melodi, lagu Pokok, pasti sesiapa pun membayangkan penyanyi, Hazama yang tampil bersama kumpulan Meet Uncle Hussain.
Malah tidak keterlaluan dikatakan lagu Pokok sudah sedikit sebanyak mengangkat juara program realiti Akademi Fantasia-9 itu di kala ini sehingga menimbulkan tanda tanya adakah hanya sekadar lagu itu mampu diperjuangkan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini apatah lagi dia sudah menyandang gelaran pemenang.
Sangkaan yang timbul itu cepat disangkal penyanyi itu sebaik dihubungi HIP.
Katanya, ruang kerjaya seninya tidak pernah kosong, malahan jadualnya juga semakin lama semakin padat.

"Saya akui saya memang jarang keluar surat khabar atau majalah tetapi itu tidak bermakna kerja saya dalam bidang ini berakhir. Apabila tiada perkara mahu diceritakan, takkan saya mahu mereka cerita sensasi. Sebenarnya, jadual saya agak padat juga dari tahun lalu lagi. Tapi takkanlah nak bagi tahu media supaya siarkan semua aktiviti saya," katanya sambil berseloroh.

Kata Hazama lagi yang ramah berbicara, kini dia sedang mengumpulkan bahan untuk menghasilkan album yang akan memuatkan lapan lagu.
"Album saya akan dikeluarkan pada Ogos nanti. Sekarang ada tiga lagu yang siap, iaitu Cinta Teragung, Simetri dan Hanya Lelaki Ini. Bagi lagu Hanya Lelaki Ini, single akan keluar pada Februari ini. Ia adalah sebuah lagu dan lirik sentuhan komposer Awi Rafael.

"Jika ditanya kenapa saya memilih dia sebagai komposer untuk lagu itu, ini adalah kerana saya mahu mencuba setiap komposer di negara ini dan dari situlah ia menjadi penanda aras untuk saya bergerak selepas ini," jelasnya yang berpendapat, hasil sentuhan setiap komposer adalah berbeza dan dari situ juga dia boleh memilih kesesuaian untuk melahirkan album selepas ini.

Hazama berkata, kelahiran album yang masih belum dipilih judulnya itu boleh dianggap sebagai bahan eksperimen bagi memilih cabang muzik yang sesuai dengan imej dan nada suaranya.

"Genre dalam album ini juga pelbagai. Ada rock dan ada balada. Lagipun lagu belum siap sepenuhnya, mungkin ada genre lain yang akan muncul dalam album itu nanti.

"Apa yang pasti, saya mahu tampil berbeza dan mencuba pelbagai genre muzik. Setakat ini saya sudah bekerjasama dengan komposer berpengalaman seperti Datuk M Nasir dan Audi Mok.

Ini adalah gabungan antara komposer lama dan baru," katanya sambil memberitahu baru selesai membuat persembahan di Konsert K-Pop di Seri Kembangan dengan mendendangkan lagu Pokok.

Berbicara berkenaan genre yang dirojakkan dalam album itu nanti, Hazama berkata, kerjasama dengan M Nasir menghasilkan lagu rock dan berharap langkahnya menyatukan kesemua komposer dalam satu album menjadi pencetus kejayaan untuk albumnya selepas ini.

Katanya lagi, tahun ini muncul sebagai tahun yang mengisi jadual padatnya dengan pelbagai aktiviti seni dan jemputan menyanyi dan rezeki yang hadir itu akan diambil semuanya.

"Saya positif untuk kerjaya saya. Kalau lima tahun lalu, saya menyanyi sekadar suka-suka, tetapi sejak tahun lalu, saya anggap nyanyian sebagai kerjaya dan periuk nasi saya. Tiada lagi nak main-main kerana serius menyanyi.

"Bukan mudah mencapai ke tahap ini. Saya sudah muncul dalam bidang ini sejak 2006 lagi tetapi rezeki saya agak lambat," katanya yang memberitahu diberitahu pihak pengurusannya, Astro bahawa ada pihak yang sudah menawarkan dirinya menjadi pelakon.

Dengarnya...: Raja Farah buka kedai ais krim

Posted: 04 Jan 2012 08:59 PM PST

RAJA Farah mesra layan pelanggan.
RAJA Farah mesra layan pelanggan.
LAMA juga rasanya Cik Normah tidak mendengar cerita terbaru mengenai Raja Farah. Sejak berkahwin kira-kira setahun lalu dan berhijrah memakai tudung, Farah agak sepi daripada dunia glamor.

Bagaimanapun baru-baru ini, ketika Cik Normah singgah di sebuah pusat beli-belah di Kajang, Cik Normah sempat membasahkan tekak di sebuah restoran ais krim.
Ais krim itu bukanlah jenama yang sedang hebat diperkatakan kini, sebaliknya Cik Normah rasa ia sebuah jenama baru. Ketika sedang enak menikmati ais krim berkenaan, tiba-tiba Raja Farah muncul melayan pelanggan.
Mula-mula Cik Normah tak perasaan sebab dia nampak sangat ringkas dan macam orang kebanyakan. Bagaimanapun setelah diamati, memang sahlah itu Raja Farah.
Apa yang membuatkan Cik Normah kagum, dia kelihatan cukup peramah melayan pelanggannya.

Maklumlah orang berniaga, kalau muka macam tak kuasa, nanti rezeki tak masuk pula. Sikap dia benar-benar berbeza daripada dirinya sebelum ini yang dikatakan sukar didekati.

Cik Normah berharap supaya Raja Farah terus mengekalkan sikap sebegitu. Bukan apa, kalau nak berniaga, kenalah manis mulut. Kalau menyombong tidak menentu, macam mana perniagaan nak maju? Lagipun Raja Farah memang ada beritahu seorang teman Cik Normah, dia mahu memberikan tumpuan pada bidang perniagaan. Kalau benar itu perniagaan yang dikatakan, Cik Normah doakan semoga perniagaan Raja Farah akan terus maju.

Trofi semangat

Posted: 04 Jan 2012 08:58 PM PST

Piala Sultan Ahmad Shah
Piala Sultan Ahmad Shah
Kelantan, NS tekad mulakan langkah 2012 dengan piala pertama

MUNGKIN Piala Sultan Ahmad Shah bukan trofi rebutan utama tetapi bagi Kelantan dan Negeri Sembilan yang bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, kemenangan dalam perlawanan sumbangsih pembuka tirai Liga Super itu membawa banyak signifikasi.
Juara Liga Super Kelantan berusaha untuk mengekalkan trofi itu buat dua tahun berturut-turut, selain menjadikannya sebagai medan terbaik menyemarakkan perjuangan The Red Warriors dalam Liga Malaysia musim ini.
Sebaliknya, juara Piala Malaysia Negeri Sembilan pula berharap percubaan kali ketiga dalam perlawanan sumbangsih kali ini, berhasil membawa pulang trofi itu selepas cubaan pada 2004 dan 2010 berakhir kehampaan.

Sehubungan itu, tiada istilah sambil lewa atau tidak serius mengiringi langkah pemain kedua-dua pasukan apabila masuk ke padang kerana Piala Sultan Ahmad Shah mampu menceriakan koleksi kejuaraan skuad Peter Butler dan Mohd Azraai Khor Abdullah.

Malah pertukaran venue pada saat-saat akhir dan kegagalan untuk menjalani latihan dengan sempurna ekoran masalah cuaca buruk di Kota Bharu juga tidak merencatkan semangat Kelantan.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai mereka (Negeri Sembilan) kerana lebih baik fokus kepada persiapan pasukan sendiri.
Kalau mereka ada pemain muda dan berpengalaman, kami juga ada pemain yang bagus.

"Pada perlawanan itu (persahabatan), saya gunakan ramai pemain muda, jadi ia bukan ukuran sebenar kekuatan kami," kata Butler merujuk kepada kekalahan 1-3 dalam perlawanan persahabatan tempoh hari.

Isteri mangsa bunuh di Sibu kena reman

Posted: 04 Jan 2012 08:54 PM PST

pix_gal0
SIBU: Seorang wanita warga China berusia 27 tahun direman tujuh hari mulai semalam, bagi membantu siasatan kes pembunuhan usahawan pembalakan dan perkapalan, Ling Tong Hock dan tiga ahli keluarganya, di sini, pagi kelmarin.

Wanita yang difahamkan isteri kedua ahli perniagaan itu di bawa ke Mahkamah Sesyen Sibu pada jam 2 petang di hadapan Hakim Indra Ayub yang membenarkan permohonan polis bagi mereman wanita yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.
Akhbar semalam melaporkan Tong Hock, 36; ibunya Leong Nyuk Lan, 76; dan dua anaknya, Amy Ling Zi Jiun, 7; dan David Lung Cheng Qi, 10; dipukul hingga mati menggunakan objek tumpul di rumah mereka di RTM Road Lane, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.
Seorang lagi anak mangsa, Kelvin Ling Chei You, 8, selamat tetapi kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu.

Dalam kejadian itu, ibu tiri kanak-kanak itu yang dikahwini bapa mereka dua tahun lalu sempat menyelamatkan diri melalui tingkap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata permohonan reman ke atas wanita itu dibuat berdasarkan kenyataan bahawa cuma dia seorang berada di rumah keluarga itu ketika kejadian.

"Bagaimanapun siasatan masih dilakukan dan setakat ini kita dapati rumah mangsa di Lorong RTM tidak dipecah masuk.
"Keadaan seorang lagi anak mangsa yang terselamat, Kelvin Ling masih kritikal dan diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching malam tadi bagi rawatan lanjut, " katanya.

Kos tinggi punca lambat kahwin?

Posted: 04 Jan 2012 08:52 PM PST


AKAD NIkah adalah perkara yang wajib dalam perkahwinan bukannya barang hantaran. - Gambar hiasan


PADA musim cuti sekolah dan cuti perayaan, perkara yang paling banyak diadakan adalah majlis perkahwinan. Pada masa inilah juga katerer mendapat rezeki melimpah ruah, maklumlah kenduri kahwin bukan kecil-kecilan.

Di Malaysia, trend majlis perkahwinan di hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di rumah.

Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan. Jika dulu tuan rumah menghantar tepak menjemput tetapi hari ini ada kad, ada yang pakai emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk jemput ke majlis perkahwinan. Ke mana pergi adat budaya kita?

Dulu orang bagi bunga telur tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula, coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu tangan.

Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persedian hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah.

Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum mengadakan kenduri atau walimatulurus?

Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda majlis kerana tidak cukup wang.

Adakah perkahwinan itu majlis kenduri atau majlis akad nikahnya? Adakah kenduri itu wajib diadakan?

Pernikahan adalah akad yang ditetapkan oleh syarak bagi membolehkan seorang lelaki menikmati hubungan kelamin dengan seorang perempuan dan sebaliknya.

Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam sebagaimana dalam surah ar-Rum ayat 21. Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku". (riwayat Ibnu Majah)

Perkahwinan menjadi fardu jika seseorang itu yakin bahawa jika dia tidak berkahwin maka dia akan tercebur ke lembah perzinaan. Selain itu, dia juga mampu melunaskan mahar atau mas kahwin, mampu memberi nafkah isteri zahir dan batin.

Perkahwinan adalah sunat bagi seorang lelaki normal yang jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina dan dia juga tidak akan menganiaya isterinya jika berkahwin.

Pernikahan adalah makruh bagi sesaorang yang takut atau bimbang jika dia berkahwin dia akan menganiaya isterinya kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi atau perangai yang kasar atau tidak berminat kepada wanita. Perkahwinan adalah haram jika dia yakin dengan perkahwinannya dia akan menzalimi isterinya seperti tidak mampu menanggung nafkahnya atau tidak mampu mengadakan hubungan seks.

Perkahwinan juga bukan sekadar kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan negeri) dan orang mampu mengadakannya.

Sebaliknya, tetamu menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar. Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan.

Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal.

Memanglah, pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan unik sebagai tanda cinta mereka. Namun berapa ramai yang tahu bahawa dalam satu majlis perkahwinan, akad nikah itu wajib dilaksanakan kerana ia berlandaskan syarak.

Tanpa akad nikah maka tiadalah majlis perkahwinan. Orang dah kenyang makan dan balik tetapi pengantin belum lagi sah suami isteri kecuali pasangan telah selamat diakad nikahkan.

Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran, membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan.

Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran.

Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang.

Bagi memastikan suatu perkahwinan itu sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan disaksikan oleh dua saksi.

Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan.

Alangkah mudahnya majlis pernikahan tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat.

Tentunya ramai yang berkata "tidak mungkin" kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya).

Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran.

Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.

Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000.

Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang, pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan kerana wang simpanan tidak mencukupi.

Ramai yang terpaksa bertunang lama kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri dah minta cerai. (Utusan Malaysia melaporkan statistik perceraian yang meningkat dan dan 20peratus yang bercerai baru berkahwin lima tahun.)

Menurut kajian, lelaki berkahwin pada usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat mahal.

Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi.

Umur minimum tamat ijazah pertama universiti adalah 23-24 tahun dan bagi yang membuat diploma adalah 21 tahun. Bagi yang wanita perkahwinan bergantung kepada jika ada orang masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk meminang.

Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.

Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin.

Memang kos perkahwinan telah naik tetapi itu bukan alasan melewatkan perkahwinan. Ibu bapa perlu ada transformasi pemikiran daripada mahu mengadakan majlis besar-besaran kepada melihat anak berumahtangga tanpa hutang dan memulakan kehidupan rumahtangganya tanpa riba. Tepuk dada tanya selera.

Pengertian Tahun Baru bagi golongan remaja

Posted: 04 Jan 2012 08:51 PM PST


Tahun 2012 diharap memberi semangat kepada remaja mengatasi kelemahan-kelemahan pada masa yang lalu. - Gambar hiasan


BAGI sesetengah remaja, tahun baru hanyalah suatu upacara untuk meraikan tanggal pertama bulan pertama dalam kalendar Masihi dengan menunggu upacara detik jam 12.01 tengah malam, bersorak beramai-ramai dan menyaksikan pertunjukan bunga api.

Sesetengah remaja merasakan bahawa tahun baru adalah saat untuk memperbaharui azam dan matlamat serta memperkemas strategi untuk menghadapi rancangan pada tahun tersebut.

Mungkin ada juga remaja yang merasakan tahun baru adalah hari-hari yang sama seperti seperti hari-hari pada tahun sebelumnya, melainkan memang ada perubahan besar yang berlaku dalam hidupnya pada tahun baru tersebut.

Tidak kira apa persepsi remaja terhadap tahun baru, hakikatnya tahun baru adalah sempadan pemisahan tahun yang berlalu dan tahun yang mendatang.

Menyambut tahun baru dengan azam baru dengan matlamat yang baik, tidaklah salah kerana itu juga tujuan penghijrahan kaum Muhajirin dari Mekah ke Madinah.

Detik penghijrahan itu yang dijadikan sebagai bulan pertama kalendar Islam menunjukkan betapa pentingnya umat Islam untuk sentiasa berusaha mencari jalur hidup yang lebih baik.

Malah dalam kehidupan seharian juga orang Islam dituntut untuk bermuhasabah serta berusaha untuk memperbaiki diri menjadi orang yang lebih kompetitif, berdaya saing serta meningkatkan kualiti kehidupan.

Mata rantai kehidupan

Tahun-tahun yang berlalu merakamkan seribu satu peristiwa manakala pada tahun yang mendatang, para remaja yang menempuh tempoh keremajaan belum mengetahui keadaan pada tahun yang tersebut.

Justeru, remaja harus sentiasa bersikap reflektif terhadap tahun-tahun yang berlalu agar ia menjadi sumber teladan.

Jejak-jejak peristiwa pada tahun yang terdahulu boleh dijadikan asas atau landasan mengukuh tindakan pada masa hadapan. Yang tidak memberi manfaat pada masa lalu harus ditinggalkan untuk dijadikan sempadan manakala usaha yang berfaedah diteruskan dan dipertingkatkan.

Tahun-tahun terdahulu adalah ibarat mata rantai yang membawa peningkatan usia dan banyaknya pengalaman. Peningkatan usia adalah jalan menuju kedewasaan.

Remaja tidak akan kekal sebagai remaja dengan sifat keremajaannya tetapi akan berubah menjadi dewasa. Adakah di tahap remaja, mereka telah mempersiapkan diri dengan ilmu, kekuatan rohaniah dan pedoman-pedoman amali yang berguna?

Sekiranya para remaja hanya melalui peningkatan umur tanpa ilmu dan kosong pengalaman, para remaja berada di tahap kelompangan fikir dan kekosongan hati. Ini tidak akan mampu menjadikan remaja seorang yang matang dan bersedia untuk memasuki alam dewasa.

Tahap remaja adalah tempoh yang sangat kritikal bagi membentuk sikap dan cara berfikir yang positif. Tahap remaja adalah tahap ingin mencuba dan mengalami akan sesuatu.

Ada ketikanya para remaja terjebak dengan pelbagai corak, tingkah laku tanpa asas yang jelas membimbing remaja untuk menjadi orang dewasa yang berwibawa.

Oleh itu, mengingati masa lalu dan meneroka hari depan harus membina keinsafan remaja bahawa tanpa kekuatan ilmu, keterampilan serta kekuatan peribadi, tidak mungkin dewasanya dalam kematangan dan kehebatan.

Kedapatan para remaja cenderung untuk tidak mengalami perubahan dari segi pemikiran, watak dan peribadi akibat terpengaruh dengan elemen-elemen yang melalaikan.

Ini menyebabkan potensi remaja tidak dapat dikembangkan secara holistik (menyeluruh). Sebahagian remaja Malaysia umumnya sering terpikat dan terjebak dalam pengaruh media baru yang menyebabkan mereka kehilangan jati diri.

Memang sifat remaja yang sedang menuju ke alam dewasa masih tercari-cari tentang makna kehidupan lalu para remaja banyak bergantung kepada imej dan perkara di luar diri yang menyebabkan suatu proses pembelajaran tidak terbina dengan baik.

Kerenah lingkungan dan beban zaman

Justeru tahun baru yang mendatang diharapkan dapat mengatasi kelemahan-kelemahan pada masa yang lalu.

Antara kelemahan masa lalu dan cabaran hari depan ialah tidak ramai remaja yang benar-benar belajar daripada kesilapan silam sebaliknya terus mengukuhkan kesilapan silam yang menyebabkan para remaja menjadi beban zaman.

Beban zaman ini sekiranya dipikul menyebabkan para remaja tidak dapat belajar daripada kesilapan lalu dan akan terus mengulangi kesilapan yang sama pada tahun mendatang.

Oleh itu, bersikap reflektif terhadap kesilaman memberi manfaat yang besar kepada remaja kerana para remaja memerlukan teguran, nasihat pedoman dan bimbingan di kalangan mereka yang lebih dewasa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jika tidak para remaja bakal menyelesaikan masalah masing-masing secara sendiri-sendiri. Lebih buruk lagi jika para remaja yang tidak memiliki kesedaran dan cetusan untuk berubah menjawab sendiri persoalan-persoalan di mindanya.

Amat penting bagi para remaja memiliki agenda diri untuk dilaksanakan pada tahun mendatang supaya tahun mendatang akan menjadi lebih baik daripada tahun dahulu.

Fokus terpenting remaja pada ke arah peningkatan pada zaman kini ialah memperkasakan ilmu pengetahuan dan keterampilan diri. Tanpa ilmu, tidak mungkin para remaja mampu menghadapi cabaran zaman serta kerenah lingkungan.

Cabaran zaman tidak sahaja membawa arus kemodenan tetapi ia boleh menyebabkan jati diri remaja terheret sama berubah menjadi seperti lalang ditiup angin.

Kerenah lingkungan bermakna cabaran semasa yang sifatnya berubah-ubah. Bayangkan para remaja yang melalui jalur perubahan yang tidak terarah, boleh menyebabkan para remaja tidak memiliki dan mengalami manfaat berbanding yang bertambah.

Sebaliknya bertambahnya usia remaja bakal menampilkan watak remaja yang tidak mampu menghadapai masalah zaman yang dihadapi. Oleh itu, para remaja harus bersedia untuk merenung secara mendalam garis pedoman untuk menjadi orang yang berdaya maju dan upaya kompetensi yang baik.

Memilih jalan mediocre (jalan sederhana) semata-mata tidak akan mampu melonjakkan remaja untuk menjadi orang yang cemerlang.

Ini adalah antara kelemahan umat Islam pada masa kini iaitu berasa rendah diri dengan keupayaan masing-masing serta merasakan mereka tidak mampu menandingi kehebatan orang Barat ataupun daripada bangsa-bangsa negara lain yang lebih maju.

Dalam hal ini remaja perlu sedar bahawa bangunnya tamadun mereka pada hari ini adalah kerana sumbangan tamadun Islam kepada mereka suatu masa dahulu, jika tidak umat Islam akan selamanya menjadi umat pengguna.

Perlu diingat bahawa maju dalam acuan kita sendiri adalah sangat penting kerana ia menerapkan nilai-nilai murni dan jati diri yang kukuh dalam membangun masyarakat maju dan berdaya saing.

Pendek kata, dalam usaha melonjakkan diri dalam kelompok terbaik, nilai-nilai murni dan jati diri harus diperkukuhkan supaya ia bergerak seiring dengan pencapaian yang berbentuk mekanistik.

Justeru azam tahun baru harus terbina atas asas peningkatan ilmu, peningkatan kualiti peribadi agar dapat dimanfaatkan kepada pembangunan bangsa dan umat.

Aiman Prem tenang jadi Muslim

Posted: 04 Jan 2012 08:50 PM PST


TAHUN lepas Aiman Prem Abdulah (dua dari kiri) berpeluang menunaikan ibadat haji. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (jakim), Datuk Othman Mustafa (tiga dari kanan).


AGAMA Islam bukanlah asing bagi lelaki berbangsa India ini. Malah pada usianya belasan tahun lagi dia mengetahui tentang solat, puasa, berkhatan atau sambutan hari raya orang Islam.

Hal inilah sedikit demi sedikit melahirkan bibit-bibit suka dan minatnya kepada agama Islam. Ditambah, diperoleh menerusi persahabatan dan persekitaran tempat dia bersekolah dan membesar iaitu di Cheras, Kuala Lumpur.

Sungguhpun begitu, dia akui masih belum berani menjejak kaki ke dalam masjid kerana timbul rasa takut yang melampau. Namun semua itu diakui kerana kejahilan dirinya mengenai agama Islam itu sendiri.

Sayangnya, dalam keinginan yang membuak-buak untuk bergelar Muslim, hidayah Allah itu belum datang. Kekecewaan itulah dibebankan kepada kawan-kawan kerana tidak ada seorangpun daripada mereka yang melorongkan jalan untuk dirinya berstatus mualaf.

"Saya paling seronok bila tibanya bulan Ramadan dan Syawal. Hendak rasanya mengikut mereka berpuasa tetapi tidak berpeluang. Saya risau kalau-kalau puasa saya itu diketahui oleh keluarga, pasti nanti menimbulkan kemarahan mereka. Jadi saya pendamkan sahaja.

"Namun, apabila melihat reaksi positif keluarga terutamanya kedua-dua ibu bapa tentang berita pengislaman abang sulung pada tahun 1987, hati saya kembali berbunga dan berkeyakinan bahawa menerima satu lagi berita pengislaman seorang lagi anak lelaki mereka bukanlah satu masalah yang besar," cerita Aiman Prem Abdullah, 41.

Beliau merungkai kisah silam sebelum melakukan syahadah kira-kira tujuh tahun yang lalu.

Aiman bersyukur kerana ibu bapanya menunjukkan sikap terbuka yang sukar ada pada ibu bapa lain apabila berhadap dengan situasi anak mahu memeluk Islam, apatah lagi mereka adalah anak lelaki.

Sikap sebeginilah perlu ada kerana berkemungkinan mereka telah terdedah dengan agama dan masyarakat Melayu ini.

"Pada awal dulu, timbul rasa terkejut kerana tidak ada langsung bantahan keras daripada ibu bapa. Ibu saya berasal dari Sri Lanka dan bapa seorang pegawai kerajaan.

"Saya kuat meyakini bahawa faktor persekitaran pejabat dan kejiranan yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu, sedikit sebanyak membuka pemahaman ibu bapa mengenai Islam," tambahnya.

Malah, kata Aiman, dalam tempoh tiga tahun sahaja, ibunya sudah fasih berbahasa Melayu.

Melihatkan penerimaan baik ibu bapa dengan berita pengislaman abang serta keterbukaan mereka meraikan perkahwinan abang mengikut budaya Melayu serta kemesraan yang terjalin antara keluarga dengan isteri abang, tentulah permintaan untuk dia memeluk Islam tidak menjadi masalah bagi mereka.

"Sayangnya, hidayah Allah pada masa itu tidak ada sehinggalah saya berkenalan dengan bakal isteri, Norhayati Musa Ali dan mengambil keputusan untuk menikahinya.

"Jadi langkah pertama untuk membolehkan saya berkahwin adalah dengan bergelar Muslim terlebih dahulu," jelas Aiman yang memeluk Islam pada 16 September 2004 di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Menurut Aiman, pengislaman tersebut telah dilakukan oleh Amran Abdullah dengan dua orang saksi. Pada masa itu Aiman atau nama sebelum Islamnya, Prem Basagar a/l M Sivananthan berusia 34 tahun.

Pun begitu, hasrat pengislaman diri terlebih dahulu dikhabarkan kepada abang sulung dan abang kedua memandangkan ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Cerita Aiman lagi, dia pernah berkahwin secara sivil tetapi perkahwinan tersebut bertahan selama lapan tahun sahaja tanpa dikurniakan cahaya mata.

Katanya, selepas setahun bercerai dia berkenalan dengan Norhayati, 35, ibu tunggal yang mempunyai dua anak. Perkenalan bermula di butik tempat kerja Norhayati.

"Saya dibawa bertemu ibu bapanya di Teluk Intan, Perak. Kemudian setelah mendapat restu si ayah, saya dipertemukan pula dengan abang kandung dan sepupu isteri sebelum dibawa ke Perkim untuk membuat pengislaman.

"Pada hari itu jugalah saya sah bergelar Muslim," kata Aiman yang berkenalan selama lapan bulan sebelum mengambil keputusan memeluk Islam.

Hidayah berganda

Katanya, nama Aiman juga diperoleh secara tidak dirancang. Terpikat dengan nama Aiman menerusi pembacaan di dalam sebuah majalah. Lihat namanya yang pendek dan molek, terus diambil nama tersebut dan dikekalkan nama Prem menjadi Aiman Prem Abdullah.

Bagi Aiman, hidayah yang diperoleh datang seiring dengan jodohnya sekali. Ini diperkukuhkan dengan kepercayaan bahawa hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara, bentuk dan alasan.

"Bila sudah buat keputusan berkahwin dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak dan pada masa yang sama Allah berikan hidayah kepada saya untuk mengakui tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

"Selepas peluk Islam, saya melangkah ke fasa baru iaitu memperkasakan ilmu agama dengan mengikuti kelas-kelas pengajian khasnya fardu ain setiap hujung minggu kelolaan Perkim. Proses pembelajaran ini berterusan sehingga ke hari ini," akui Aiman yang kini semakin tenang dengan kehidupan Islami.

Berkongsi cabaran bergelar Muslim, kata Aiman, sehari selepas pengislaman diri, umat Islam menyambut kehadiran Ramadan.

Walaupun tidak berpuasa penuh, Aiman bersyukur dan benar-benar gembira dapat mengharungi pengalaman paling mencabar sebaik bergelar Muslim.

"Bagi saya, melakukan sesuatu amal ibadat itu tambah bermakna apabila ia diiringi dengan pemahaman sebenar di sebalik suruhan tersebut. Selepas tamat Ramadan, saya mendirikan rumah tangga dan majlis pernikahan di adakan pada 30 Oktober 2004 di Shah Alam, Selangor," jelasnya.

Cabaran yang dihadapi paling terasa apabila berada di kalangan teman-teman yang belum Islam.

Perubahan mendadak seperti tidak lagi bersama-sama melakukan aktiviti yang ditegah agama, dilihat seolah-olah Aiman sudah menjauhkan diri daripada mereka.

"Itu zahirnya sahaja. Sebenarnya saya masih seperti dahulu cumanya saya tidak bercampur dalam urusan yang bertentangan dengan syariat Islam," kata Aiman yang berpeluang menunaikan haji tahun lepas.

Di samping itu, akui Aiman, agama Islam telah membawa semacam satu motivasi di dalam dirinya. Bagi menggambarkan kesyukuran sebagai insan terpilih, dia telah menciptakan satu pelekat yang berbunyi, Proud to be a Muslim dan dilekatkan di belakang teksinya.

"Saya juga mengambil keputusan bekerja memandu teksi sebab senang bagi saya menghadiri kelas," katanya yang sudah tiga tahun memandu teksi.

Berpeluang menunaikan haji atas tajaan King Abdullah, Arab Saudi yang mengumpulkan seramai 40 jemaah Malaysia sebagai jemputan diraja, bagi Aiman ia merupakan satu lagi bentuk kenikmatan yang Allah berikan kepadanya.

"Sungguhpun tidak lama iaitu 10 hari tetapi alhamdulillah rombongan kami dapat menyempurnakan rukun Islam kelima itu.

"Saya sentiasa berdoa sewaktu di sana agar Allah berikan akhlak yang baik agar dengan akhlak tersebut ia terdetik di hati kawan-kawan dan ahli keluarga tentang keindahan Islam. Hidayah Allah itu adalah hak Allah SWT.

"Walaupun hidup saya tidak semewah mana atau tidak seperti kehidupan saya sebelum Islam tetapi hidup saya sekarang ini cukup tenang. Saya selalu tekankan acap kali berbual dengan teman-teman lama, yang saya tidak minta kemewahan tetapi saya mohon ketenangan kerana ia jauh lebih bermakna berbanding harta kekayaan yang melimpah ruah," kata Aiman mengakhiri perbualan kami lewat petang Khamis itu.

Sihir: Paksi kejahatan syaitan

Posted: 04 Jan 2012 08:48 PM PST


menggunakan sihir tetap haram walaupun tujuan dan niatnya adalah untuk kebaikan. - Gambar hiasan


WALAUPUN dunia hari ini semakin moden dengan kecanggihan dan kemajuannya, namun episod kesengsaraan akibat sihir masih belum berakhir.

Bukan sedikit yang telah menjadi mangsa sihir. Bahkan, ia semakin menjadi-jadi kerana penyakit hati seperti dendam kesumat dan iri hati telah membarah di hati.

Mengapa ia masih belum berakhir? Jawapannya adalah mudah. Selagi mana ada permintaan, di situ ada penawaran.

Terutamanya dalam dunia hari ini di mana manusia berlumba-lumba untuk bersaing di antara satu sama lain. Lalu, ada yang menggunakan jalan singkat untuk menjatuhkan lawannya dengan amalan sihir walaupun mangsa tersebut langsung tidak menganggapnya sebagai lawan.

Perkataan al-sihr (sihir) disebut dalam al-Quran sebanyak 60 kali. Antaranya adalah dalam menolak tuduhan yang dilemparkan oleh kafir Quraisy yang mengatakan bahawa Nabi SAW adalah tukang sihir.

Ilmu sihir sebenarnya adalah daripada ajaran syaitan. Syaitan berjanji kepada Allah SWT untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

Antara tindakan keji yang dilakukan oleh syaitan ialah menimbulkan permusuhan dan pertelagahan di kalangan manusia. Lalu diajarkan ilmu sihir kepada manusia supaya mereka boleh memusnahkan kehidupan orang lain dengan cara yang mudah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ...Tetapi syaitan-syaitan itu kafir mereka telah mengajarkan sihir kepada manusia. (al-Baqarah: 102)

Justeru, sihir menjadi paksi kejahatan syaitan.

Betapa beratnya dosa mengamalkan sihir ini telah jelas dipaparkan dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sehingga Imam Az-Zahabi mengulas dalam bukunya Al-Kabair bahawa ramai di kalangan manusia yang terlibat dengan amalan sihir tidak menyedari yang mereka melakukan dosa yang amat besar sehingga boleh menyebabkan diri mereka menjadi syirik dan kufur.

Sebahagian besar mereka menganggap ia hanyalah dosa biasa sahaja. Sedangkan Nabi SAW menyatakan bahawa mereka yang mempercayai sihir tidak akan dapat memasuki syurga berdasarkan sabda Baginda SAW: "Tiga golongan yang tidak akan masuk syurga iaitu; peminum arak, orang yang memutuskan silaturrahim dan orang yang membenarkan sihir." (riwayat Ahmad)

Tidak dinafikan bahawa ada juga terdapat mereka yang menggunakan sihir untuk kebaikan seperti untuk mempertahankan diri dengan memakai tangkal tertentu, untuk mencantikkan diri dengan memakai susuk, untuk melindungi perniagaan dengan menggunakan azimat atau untuk menimbulkan rasa kecintaan di kalangan suami isteri.

Namun, semua hasrat murni tersebut tidak dapat menghalalkan kaedah sihir yang digunakan. Dengan kata yang lain, menggunakan sihir tetap haram walaupun tujuan dan niatnya adalah untuk kebaikan.

Justeru, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya jampi-jampi, azimat dan sihir untuk menimbulkan kecintaan suami dari isterinya adalah syirik." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Akan tetapi, bukan semua jampi tidak dibolehkan. Terdapat jampi yang diharuskan iaitu yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan diambil daripada hadis-hadis yang sahih.

Ia berdasarkan amalan yang dibuat sendiri oleh nabi SAW. Antaranya, baginda SAW pernah menjampikan cucunya Hasan dan Husain r.a dengan membaca sebuah doa yang bermaksud: "Aku melindungi kalian dengan nama Allah SWT yang sempurna dari segala gangguan syaitan, binatang yang beracun dan dari setiap mata yang jahat". (riwayat Ahmad)

Ini termasuklah menggunakan sihir untuk tujuan mengubati sihir. Ia dinamakan sebagai An-Nusyrah.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Nabi SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat tentang hukum amalan An-Nusyrah ini. Lalu Nabi SAW melarangnya dengan mengatakan ia juga dari amalan keji syaitan.

Justeru, ikhtiar yang boleh dilakukan untuk menghindari daripada amalan sihir ini ialah dengan mendekati Allah SWT dengan mengerjakan amalan fardu dan membiasakan diri dengan amalan-amalan sunat seperti bacaan al-Quran dan zikir-zikir yang muktabar.

Kita juga perlu menjauhi kemaksiatan kepada Allah SWT kerana ia akan membuka ruang kepada syaitan untuk mengawal kehidupan kita kerana orang yang melakukan maksiat akan jauh dari rahmat Allah SWT.

Kita juga perlu banyak mendalami ilmu kerana merebaknya amalan sihir kerana kejahilan masyarakat dan jauhnya kehidupan mereka dari agama.

Apabila masyarakat sudah hilang pedoman agama, maka halal dan haram sudah tidak menjadi pertimbangan dalam mengatur kehidupannya termasuklah dalam mengikis penyakit hati dalam diri.

Kita juga perlu berhati-hati dalam mendapatkan rawatan alternatif. Pastikan pusat rawatan tersebut mendapat pengiktirafan daripada pihak berautoriti.

Jauhi tempat-tempat perubatan yang menggunakan jampi serta mantera yang tidak bersandarkan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

145 menderma darah di Masjid Negara

Posted: 04 Jan 2012 08:47 PM PST


kaum muslimin dan muslimat menderma darah pada Kempen Derma Darah dan Pameran Kesihatan Siri 3/2011 di Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara, baru-baru ini.


MENDERMA atau bersedekah amat digalakkan oleh Islam. Ia bukan sahaja terhad kepada menyumbang wang ringgit tetapi menyumbang tenaga, kepakaran dan juga menderma darah.

Sehubungan itu, Masjid Negara mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pameran Kesihatan Siri 3/2011 di Anjung Makam Pahlawan masjid itu pada 30 Disember lalu.

Kempen yang bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang itu adalah kali ketiga diadakan pada tahun 2011.

Ia adalah antara aktiviti yang dirangka oleh Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara.

Tujuan utamanya membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah mereka. Selain itu ia sebagai alternatif ke arah kebajikan yang dapat dilakukan oleh Masjid Negara kepada masyarakat umum di samping memberi informasi dan pendidikan yang berguna serta bermaklumat tentang kesihatan.

Ia juga sebagai langkah untuk terus mengimarahkan Masjid Negara sebagai masjid terulung di Malaysia. Ini juga dapat menggalakkan orang ramai menderma darah sambil beramal.

Daripada 152 penderma yang mendaftar, seramai 145 layak menderma darah. Jumlah tersebut adalah yang tertinggi dicatatkan sepanjang penganjuran Kempen Derma Darah bermula pada tahun 2002.

Pihak penganjur mengharapkan agar kempen ini akan mendapat sambutan dan perhatian daripada orang ramai pada masa akan datang dengan memberikan lebih banyak publisiti serta promosi yang lebih meluas dan informasi awal kepada masyarakat umum berkenaan kempen ini.

Kempen itu adalah dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Klinik Pergigian Tanglin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Sumber Transplan Nasional, Bahagian Perkhidmatan Farmasi serta Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Hab Halal Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Antara pengisian menarik yang diadakan selain kempen menderma darah antaranya:

l Pemeriksaan kesihatan percuma oleh KIST.

l Pemeriksaan gigi secara percuma oleh Klinik Pergigian Tanglin.

l Pameran oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi serta Bahagian Kesihatan Tradisional dan Komplementari di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

l Pendaftaran pemilih bagi pilihan raya oleh SPR.

l Pameran kesihatan oleh AADK.

l Peranan dan objektif penubuhan Pusat Sumber Transplan Nasional

l Pameran oleh Bahagian Hab Halal

l Pameran mengenai bahaya denggi oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

l Pameran mengenai Rakan Cop oleh PDRM.

Kempen Derma Darah d an Pameran Pendidikan Kesihatan akan datang dijangka diadakan pada Mac 2012.

Keprihatinan Adura banyak membantu

Posted: 04 Jan 2012 08:46 PM PST


Kesukaran hidup keluarga Farah Mohd. Nor mendapat simpati Adura.


APAPUN, pujian sepatutnya diberikan kepada wanita ini, Adura Kamaruzaman, 30, yang begitu prihatin dengan nasib keluarga lapan beradik ini.

Kunjungan kami ke PPR Hiliran Ampang tempat keluarga ini tinggal pun atas kesediaan wanita ini memberikan maklumat kerana mahukan keluarga ini dibantu oleh masyarakat, walau dengan apa cara sekali pun.

Biarpun tiada talian persaudaraan dengan keluarga Farah Mohd. Nor, namun atas rasa semangat kemanusiaan yang tinggi, Adura yang juga pada masa itu baru enam bulan dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sebuah sekolah di Kuala Lumpur, sanggup turun padang membantu keluarga ini sedaya yang boleh.

''Kisah saya bertemu Mohd. Firdaus dan adik-adiknya adalah secara tidak sengaja.

"Selepas saya menghantar anak saya ke sekolah pada bulan Julai lalu, dalam laluan pulang saya ternampak empat beradik ini (Mohd. Firdaus, Mohd. Fadhil, Mohd. Faroq dan Mohd. Fikri) sedang mencari besi buruk di sebuah kawasan perumahan di sekitar Kampung Pandan.

''Atas rasa ingin tahu saya mengekori dan mengambil gambar mereka dari jauh. Selepas itu saya turun dari kereta dan bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak pergi ke sekolah," katanya.

Kata Adura, adik-beradik itu memberitahu, keluarga mereka sedang susah ketika itu, ibu mereka sedang sarat hendak bersalin, ayah mereka pula diberhentikan kerja dan mereka perlu mencari duit untuk menampung perbelanjaan.

Kebetulan pula Mohd. Faroq dan Mohd. Fikri belajar di sekolah sama dan sebagai YDP PIBG sekolah, Adura terpanggil untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Hasil daripada keterangan itu, Adura terus berjumpa dengan ibu remaja berkenaan yang kemudian merungkai semua persoalan yang berada di benaknya.

''Selepas pertemuan itu baru saya tahu semua kisah mereka. Ketika itu keluarga ini telah pun menerima surat arahan untuk keluar dari rumah PPR ini kerana tunggakan bulanan berjumlah RM8,000 tidak dijelaskan.

''Saya segera membawa mereka ke Baitulmal, memberitahu masalah mereka. Alhamdulillah pihak Baitulmal telah menjelaskan tunggakan tersebut. Seterusnya saya membawa Farah ke hospital yang sakit hendak bersalin," jelas ibu muda yang mempunyai dua cahaya mata ini.

Dalam pada itu atas daya usaha Adura juga dan dibantu oleh rakan-rakan lain dalam PIBG tersebut, rumah keluarga yang kosong itu kini telah terisi dengan beberapa perabot terpakai dan membantu membayar tunggakan bil elektrik dan air.

Bukan setakat material, Adura juga membantu memberi sokongan dan semangat kepada keluarga ini.

''Apabila saya ke sekolah saya mendapati kehadiran ke sekolah adik-adik Mohd. Firdaus tidaklah memberangsangkan.

''Dalam seminggu mungkin sekali dua mereka ke sekolah dan selebihnya mereka melakukan kerja-kerja mencari barangan lusuh untuk dijual ataupun berada di kafe siber," katanya yang turut menghantar anak-anak Farah ke sekolah pada setiap pagi.

Memandangkan anak-anak ini masih tidak boleh membaca dan menulis, Adura juga meluangkan masa lapangnya pada waktu malam mengambil anak-anak Farah, membawanya ke rumah dan kemudian mengajar anak-anak Farah membaca dan menulis, dalam tempoh seminggu dua kali.

''Saya juga ada berbincang dengan Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) Titiwangsa, Datuk Johari Abd. Ghani mengenai anak-anak keluarga ini.

"Beliau kemudian sudi menghulurkan seberapa banyak bantuan termasuk membayar upah cikgu mengajar kelas tambahan kepada anak-anak ini di rumah saya.

''Namun saya rasa sekarang sudah tidak terkejar untuk membantu dan mengajar anak-anak ini akibat faktor waktu dan masa saya bersama keluarga sendiri," katanya yang mempunyai perniagaan sendiri.

Beliau pernah menyuarakan hasrat untuk menghantar Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil ke asrama berbentuk asas kemahiran.

Malangnya apabila langkah itu diajukan kepada pihak berkenaan, hasratnya itu menemui jalan buntu memandangkan anak-anak ini tidak boleh membaca dan menulis.

Jadi sebagai langkah terakhir, apa yang dilakukannya kini ialah meminta sesiapa sahaja yang boleh membantu memberikan kelas tambahan membaca dan menulis kepada anak-anak ini agar mereka boleh mendapat kemahiran asas.

''Saya rasa biarlah masyarakat sekeliling yang prihatin turut membantu kehidupan malang anak-anak ini agar masa depan mereka tidak terus diperjudikan.

''Anak remaja seperti Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil ini perlukan panduan daripada orang dewasa yang berakal agar masa depan mereka terurus.

''Kita tidak mahu kehidupan mereka yang sebegini akan menjadikan mereka 'sampah' kepada masyarakat satu hari nanti," katanya.

Sekiranya ada di kalangan masyarakat yang mahu menempatkan anak-anak ini di sebuah asrama yang lengkap dengan kemudahan asas kemahiran menulis dan membaca atau membantu keluarga Farah bolehlah menghubungi Adura di talian 013-3569567.

masa depan lapan beradik suram

Posted: 04 Jan 2012 08:44 PM PST


Sebagai kanak-kanak Nur Faizah (kiri) dan Nur Shafiqah masih terlalu muda untuk mengenal erti kesusahan.


Sekiranya dua adik-beradik ini berada di bangku sekolah, sudah pasti yang sulung pada tahun ini merupakan salah seorang calon yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala adiknya itu berada di tingkatan dua.

Namun kesempatan untuk belajar tidak pernah ada dalam diri dua remaja ini memandangkan mereka tidak pernah berpeluang untuk ke sekolah, walaupun sehari.

Sebaliknya usia mereka dihabiskan dengan memungut dan mencari besi dan barangan lusuh untuk dikumpul sebelum dijual kepada peraih yang berada di sekitar tempat mereka tinggal.

Justeru, sedang kanak-kanak lain yang sebaya sibuk menelaah pelajaran dan berpeluang mencuba pakaian sekolah setiap kali memasuki tahun baru, dua beradik ini, Mohd. Firdaus, 15, dan Mohd. Fadhil, 14, hanya akan 'meronda' di kawasan sekitar untuk mencari apa sahaja yang dirasakan dapat 'dijadikan' duit.

Mereka bukannya tidak mempunyai ibu dan bapa, malah di bawah mereka terdapat enam lagi adik-adik lain, Mohd. Faroq, 13, Nor Atiqah, 11, Mohd. Fikri, 10, Nur Faizah, 7, Nur Shafiqah, 4, dan Mohd. Faris, 8 bulan.

Bagaimanapun empat lagi adik mereka berpeluang ke sekolah biarpun kehadiran mereka ke sekolah amat minimum.

Apa yang menyedihkan, biarpun ke sekolah, keempat-empat mereka masih tidak boleh membaca dan menulis, manakala dua lagi adik mereka yang masih kecil disahkan doktor mengalami kekurangan zat nutrisi.

Menurut ibu mereka, Farah Mohd. Nor, 31, yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, bukanlah niatnya untuk membesarkan anak-anak dalam kehidupan daif seperti itu.

Kenyataan hidup yang perlu dihadapi mereka menyebabkan jalan susah itu terpaksa dipikul oleh dua anak remajanya dan adik-adik mereka yang lain.

''Bukanlah niat kami (suami dan isteri) untuk tidak menyekolahkan anak-anak, saya tahu ini salah kami.

Namun masa anak sulung saya lahir, pelbagai keadaan permasalahan yang perlu kami hadapi.

''Ditambah pula pada ketika itu Along (panggilan untuk Mohd. Firdaus) menderita sakit jantung, kami pula sedang mempunyai masalah keluarga maklumlah usia masa itu masih muda dan tidak matang lagi.

"Pelbagai masalah yang menimpa akibat perkahwinan tidak direstui. Kami hanya berpindah-randah untuk mengatasi keadaan sedangkan konflik semakin bertambah dan sedar tidak sedar, anak kami yang kedua pula lahir.

''Pada waktu itu kami baru sedar, kedua-duanya lahir tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Kami juga tidak berpelajaran dan tiada pengetahuan. Kedua-dua anak kami itu hanya baru-baru ini mempunyai sijil lahir setelah dibantu oleh salah seorang ahli keluarga," katanya sebak.

Menurut Farah lagi, dia hanya bersekolah setakat darjah lima apabila konflik melanda keluarganya yang berpecah-belah.

Dia kemudian membantu mak ciknya di pasar malam, sebelum bertemu Kafli Hashim, 50, yang berasal dari Perak, dan ketika itu baru sampai di Kuala Lumpur untuk mencari kerja.

Ketika berkahwin, usia Farah baru 16 tahun dan Kafli pula hanya bekerja kontrak dengan kelulusan setakat tingkatan tiga.

Setelah beberapa lama, suaminya itu diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,000 sebulan.

''Dengan pendapatan seperti itu, kami membiayai penghidupan kami. Dulu kami tinggal di sebuah kawasan setinggan di Kampung Pandan, sebelum dipindahkan ke PPR (Projek Perumahan Rakyat) Hiliran Ampang ini sejak lima tahun lepas.

''Saya nak sekolahkan anak-anak saya yang dua orang itu (merujuk kepada Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil). Saya nak masukkan mereka ke kelas tambahan tapi saya tak mampu, nak ajar sendiri pun saya tak mampu.

''Pernah kami anak-beranak tak makan atau hanya makan sekali sehari kerana tiada duit untuk beli makanan.

"Rumah yang kami duduki ini memerlukan pembayaran sebulan sekali RM124, belum lagi bil air dan elektrik," jelasnya ketika ditemui di PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru-baru ini.

Ketika pertemuan di rumah berkeluasan sederhana yang mempunyai tiga bilik pada petang itu, suami Farah tiada di rumah kerana keluar bekerja manakala suri rumah itu pula baru selesai memasak untuk makan tengah hari.

Kelapan-lapan anaknya berada di dalam rumah ketika itu, namun kelibat Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil hilang sebaik kaki kami melangkah ke dalam rumah.

Jelas Farah, hasil daripada bantuan insan yang prihatin dengan nasib keluarga ini mereka memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mendapat bantuan bulanan secara tahunan sebanyak RM350 sebulan.

Setiap hujung tahun Baitulmal turut membantu menyediakan kelengkapan sekolah kepada anak-anak yang bersekolah.

Apabila ditanya bagaimana anak-anaknya mengetahui besi lusuh seperti itu mempunyai nilai, Farah memberitahu, semua itu berlaku ketika dia membuang sampah dan memberitahu anak-anaknya barangan seperti itu laku untuk dijual.

Semenjak dari itu selain Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil, anak-anak lelakinya yang lain turut mengumpul barangan lusuh untuk dijual.

Apabila ditanya apakah yang akan dilakukan tentang nasib anak-anaknya itu pada masa depan, Farah yang buntu hanya menjawab dengan gelengan kepala.

''Kami pun tak hendak perkara seperti ini terjadi. Kami tak mampu. Suami saya pun tak kuat sangat nak bekerja sekarang selepas berlaku kemalangan menyebabkan tulang bahunya patah. Saya pula tidak bekerja.

''Suami saya sekarang hanya bekerja kontrak mengikut rakan-rakannya, selepas diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan sejak bulan Julai lalu. Ada kerja adalah gaji... dapatlah RM100 atau RM200...," katanya lemah.

Rosnah idola terbaik para ibu

Posted: 04 Jan 2012 08:43 PM PST


Walau sesibuk mana Rosnah sentiasa berusaha untuk mendampingi anak bongsunya Mohd. Fazrul Faiz Mohd. Mizan.


SEHEBAT mana pun sesuatu anugerah itu mungkin tidak cukup untuk dibandingkan dengan kehebatan wanita ini.

Beliau cekal mengharungi dugaan dan cabaran sebagai ibu kepada lima anak yang tiga daripadanya mengalami kecacatan akibat penyakit saraf.

Malah dibantu dengan fikiran yang positif, dalam kepayahan mengurus anak-anaknya, Rosnah Awang mampu muncul sebagai kakitangan cemerlang sebagai ketua editor di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Walau kehidupannya mungkin 'jauh lebih mencabar' berbanding wanita lain, beliau membuktikan amanah yang diberikan berjaya dilaksanakan sebaik mungkin.

Tiada istilah 'mengambil kesempatan' atau 'mahukan simpati' bagi ibu ini, bahkan tetap gigih memastikan agar setiap amanah yang diberikan Allah SWT mendapat hak yang sewajarnya.

Rosnah berkhidmat di DBP sejak tahun 1982 lagi. Sebelum itu beliau sempat berkerja di Maktab Sandakan, Sabah, sebaik tamat sekolah.

Di situlah Rosnah berkenalan dengan Mohd. Mizan Mohd. Aris dan mereka langsung mendirikan rumah tangga lewat tahun 1984.

Pasangan itu kemudian sepakat untuk menetap di Kuala Lumpur selepas berkahwin.

Menurut Rosnah, kedua-belah belah keluarganya dan suami sempurna tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik dan tiada anak-anak yang cacat.

Malah, kesemua anak-anak pasangan itu lahir dan membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain sehinggalah usia mereka mencapai enam tahun.

"Selepas berkahwin saya meneruskan pengajian luar kampus. Ketika itu, anak sulung kami, Mohd. Firdaus Mohd. Mizan sudahpun masuk tadika, hinggalah pada satu hari dia mengadu tidak mahu ke sekolah kerana sakit kaki.

"Bermula dari hari itu cara berjalannya juga berubah, dia berjalan seperti berjengket. Kami memang minta nasihat doktor dan setahun selepas mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan anak kami menghidap penyakit genetik yang diberi nama Heredity Spastic Paraplegia (HSP).

"Penyakit ini berkaitan urat pada saraf tunjang. Doktor mengatakan saraf tunjang anak saya telah mati dan doktor suruh saya bersedia secara mental kerana kesemua anak lelaki saya berkemungkinan menghidapi penyakit ini," ujarnya.

Menerima berita itu, air mata Rosnah berderai-derai, perasaannya bercampur baur, terkejut, malu dan langsung tidak bersedia untuk bercerita dengan sesiapapun masalah yang melanda anaknya.

"Doktor beritahu pada saya walaupun kes ini amat jarang tetapi ia pernah berlaku. Menurut doktor ia penyakit genetik dari sebelah keluarga saya.

" Saya cuba menolak fakta itu kerana setahu saya keturunan saya tidak ada yang menghidap penyakit tersebut, namun doktor berkata ia mungkin pernah terjadi pada zaman moyang saya yang terdahulu.

"Paling menyedihkan apabila doktor kata mereka tidak mempunyai ubat untuk penyakit genetik.

"Apa yang boleh dibuat hanya terapi dan senaman supaya kesihatan anak saya tidak merosot hari demi hari," jelas Rosnah yang berasal dari Selama, Perak.

Rosnah yang sedari awal menginginkan anak perempuan, namun kuasa Allah menentukan segalanya dengan menganugerahkan lima anak, kesemuanya lelaki.

Biarpun perubatan meramalkan bahawa kesemua anak lelakinya akan menghidapi HSP tapi dengan kuasa Allah jugalah ia tidak berlaku apabila hanya tiga daripada lima anaknya sahaja yang menghidapi penyakit tersebut.

"Kini anak ketiga saya, Mohd. Farid Faiz, 20, dan anak bongsu, Mohd. Fazrul Faiz, 13, mula menunjukkan simptom penyakit tersebut.

"Farid sudah mula menggunakan tiub untuk menyalurkan susu dan Faiz masih boleh bergerak walaupun agak perlahan.

"Walaupun mereka kategori OKU (orang kelainan upaya) saya masih hantar mereka ke sekolah di Bandar Tasik Permaisuri supaya mereka dapat merasa menjadi seperti murid normal lain," ujarnya.

Rosnah menempuhi hari mendatang dengan penuh sabar. Mujur juga beliau mendapat suami yang penyabar dan memahami.

Mereka berdua sama-sama membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.

Rosnah mengakui bukan mudah menjaga anak yang sakit, malah ada ketikanya beliau berasa seperti mahu lari dari segalanya.

Namun, alhamdulillah beliau diberi kekuatan oleh Allah dalam menempuhi ujian demi ujian pada anak-anak.

"Memang ada satu peringkat saya mengalami tekanan yang amat sangat dan saya redakan dengan pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji

"Selama 44 hari di Mekah, saya banyak bermuhasabah diri, saya sedar saya pernah hilang sabar dengan kerenah anak sakit, namun itu bukan kehendak mereka, Allah menguji saya dengan kehadiran mereka," katanya tenang.

Rosnah turut bersyukur kerana dikurniakan adik beradik dan ipar duai yang begitu memahami dan banyak memberi sokongan.

Malah sehingga kini beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu, isteri dan pekerja di pejabat.

Lebih mengagumkan apabila dalam kesibukan mengurus anak-anak, Rosnah masih sempat menyambung pengajian ke peringkat sarjana atas nasihat bosnya sendiri.

"Dulu saya memang tidak mempunyai pembantu rumah, daripada menukar lampin, menyuap makanan hingga memandikan anak-anak semuanya saya buat sendiri hingga anak saya yang sulung itu berusia 13 tahun.

"Ketika Firdaus tidak lagi boleh bangun, barulah saya mendapat khidmat pembantu," ujar Rosnah yang setiap hari berdoa agar anaknya dipelihara dengan baik oleh pembantu rumahnya.

Rosnah turut mengubah suai kediamannya termasuk bilik air bagi memudahkan anak-anaknya yang tidak boleh bergerak sendiri.

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pula umpama rumah kedua Rosnah dan ahli keluarganya.

Sehinggalah pada tarikh 19 Januari 2010, apabila Firdaus menemui pencipta-Nya.

Anak sulongnya itu nazak ketika Rosnah sedang bermesyuarat di pejabat dan bergegas beliau pulang apabila pembantu rumah memberitahu Firdaus mengalami kesukaran untuk bernafas.

"Pukul 3.19 pagi beliau meninggalkan kami buat selama-lama. Alhamdulillah pengurusan jenazahnya amat mudah," kata Rosnah dalam nada yang cukup sebak.

Dalam pada itu beliau bersyukur kerana anak kedua. Mohd. Farhan, 24, dan keempatnya, Mohd. Fariz Fitri, 16, bebas daripada penyakit genetik tersebut.

Malah Mohd. Farhan, berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang fisioterapi dan kini berkhidmat di sebuah hospital swasta di Ipoh, manakala Mohd Fariz Fitri seorang yang sangat aktif bersukan dan tahun ini memasuki tingkatan empat.

"Saya tidak pernah menetapkan kursus apa yang perlu diambil sebaliknya Farhan memilih sendiri kursus fisioterapi kerana dia mahu yang terbaik untuk abang dan adiknya yang menghidap penyakit saraf," katanya.

google,tv2 online,tv2 malaysia,tv2 schedule,tv2 streaming,tv2 live,tv2 online streaming,tv2 program,tv2 malaysia schedule,tv2 program schedule,tv2 golden phoniex,tv2 rtm,tv2 online,tv2 schedule,tv2 rancangan,tv2 rtm malaysia,tv2 online,tv2 online malaysia,tv2 onlinestreaming,tv2 online tv,tv2 online live,tv2 stream,tv2 feed,tv2 on demand,tv2 program,tv2 programme,tv2 programme schedule,tv2 pilih kasihtv2 program today,tv2 program malaysia,tv2 program schedule,tv2 programme guide,tv2 schedule,tv2 streaming ,tv2 schedule malaysia,tv2 streaming online,tv2 si capik,tv2 schedule today,tv2 stream,tv2 show,tv2 streaming live,tv2 golden phoenix,tv2 guide,tv2 guide malaysia,tv2 live streaming,tv2 live,tv2 love me tender,tv2 live online,tv2 live tv,tv2 live streaming malaysia,tv2 logo,tv2 listing,tv2 lorry,tv2 love love love,tv2 malaysia,tv2 malaysia schedule,tv2 malaysia programme schedule,tv2 malaysia online,tv2 movie,tv2 malaysia tv guide,tv2 malaysia program,tv2 malaysia programme,tv2 malaysia programme guide,tv2 movie tonight,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV 2 ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved